Selamat Mencari Lailatul Qadar :)
Alhamdulillah,pada tahun ini merasalah juga pengalaman berpuasa buat pertama kali di Belfast.
Pengalaman yang ada itu cukup membuka mata sebagai bekalan peringatan buat diri sendiri yang lemah ini.
"Bak kata orang hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri."
Mungkin sedikit sebanyak ada benarnya pepatah tersebut,dan mungkin juga tidak kurang benar.
Kebaikan yang dirasakan semasa berpuasa di rantauan ialah diri ini terasa lebih sayu dan lebih merasakan manisnya Ramadhan itu.Walaupun berpuasa hampir 17jam sehari,namun semangat berpuasa itu sangat tebal.Cuaca yang dingin membuatkan tubuh kurang berasa penat dan kuat untuk bekerja dan berpuasa sehingga matahari terbenam.Memandangkan masyarakat tempatan di Belfast rata-ratanya tidak mengetahui tentang Ramadhan,golongan minoriti seperti kami tidak pula merasa tertekan dengan suasana masyarakat sekeliling yang tidak berpuasa.Rutin harian dimulakan dengan bersahur seawal 3-3.30 pagi diiringi dengan bacaan tadarus Al-quran di rumah.Imsak di Belfast adalah sekitar jam 4 pagi.Memandangkan matahari muncul agak awal,pagi di Belfast biasanya sudah terang seperti waktu tengahari sekitar jam 6 pagi.Sebaik jam menghampiri 7.oo pagi,aku akan sibuk bersiap-siap dan bertolak untuk bekerja pada pukul 7.30 pagi.
Di tempat kerja,masa untuk bekerja menjadi efektif kerana aku tidak lagi berehat untuk makan yang diperuntukkan sebanyak 3 kali sehari.Kerja di hotel memerlukan aku untuk menyiapkan kerja sebelum jam 3.00 petang ,sebelum berkemas untuk pulang pada pukul 4.00ptg.Kebiasaannya,aku akan bertungkus lumus untuk bekerja secepat mungkin dan menyiapkan kerja.Alhamdulillah di bulan Ramadhan,kerja-kerja itu seperti mudah dan dapat disiapkan sebelum waktu yang ditetapkan walaupun kerja dilakukan lebih slow dari hari biasa.
Terus terang aku katakan,hidup di rantauan ini aku jarang sekali menonton TV disebabkan aku tidak mempunyai TV.Jadi,lepas pulang dari kerja,aku hanya berehat-rehat sambil membaca buku atau novel kegemaran.Selepas membersihkan diri,aku akan bersolat dan terus menyambung bacaan Al-Quran persendirian.Sekitar jam 8mlm,aku akan berjalan ke Belfast Islamic Centre (BIC) untuk meyambung bacaan Al-Quran, iftar dan solat di sana.
Iftar di BIC adalah sekitar jam 9.00 malam,memandangkan aku jarang pergi ke BIC pada tahun lepas,aku bernekad untuk mengunjungi BIC setiap hari pada tahun ini.Berbuka di BIC ini seronok rasanya kerana dapat bertemu dengan muslimat bangsa lain dan warga Malaysia yang lain sambil menikmati juadah yang disediakan oleh pihak BIC.Biasanya,kami akan berbuka dengan buah tamar dan terus solat Maghrib sebelum menjamah hidangan utama.Walaupun juadah yang dihidangkan hanyalah sederhana,namun keberkatan itu dapat dirasa kerana makanan yang dihidang tidak berlebih-lebihan dan biasanya ditambah dengan hidangan yang dibawa dari rumah oleh muslimat,juadah biasanya cukup untuk dimakan.Langsung tiada pembaziran,perut pula tidak rasa lapar walaupun makan sedikit.
Waktu Isya' pada ketika itu masuk dalam pukul 10mlm dan tarawikh bermula sekitar jam 10.30 malam.Imam yang mengetuai solat di BIC diimport dari Timur Tengah.Justeru,bacaan mereka boleh dikatakan lancar dan agak laju.Di sana,solat tarawikh tidak diselangkan dengan bacaan-bacaan selepas solat seperti di Malaysia.So,solat tarawikh dapat dihabiskan agak awal.Memandangkan masa solat yang agak lewat dan akan berkerja keesokannya,aku hanya bersolat sebanyak 8 rakaat yang biasanya akan berakhir pada sekitar jam 11.30 malam.
Pengalaman berpuasa (hanya 1o hari) di rantauan telah mengajar diriku untuk bersabar terutama sekali apabila merindukan masakan-masakan yang enak spt yg ada di Malaysia.Rata-rata masyarakat di sana tidak mengetahui tentang Ramadhan Al-Mubarak,so kehidupan diteruskan seperti biasa dan nak kata Bazar Ramadhan itu memang x ada.Kalau terasa hendak makan sesuatu ,terpksalah masak sendiri .Walaupun,kemeriahan itu kurang dirasakan namun pengabdian terhadap Allah S.W.T itu lebih kuat terasa.Mungkin kerana,aku telah berfikir dan melihat dunia dari perspektif yang lain kerana berada di satu tempat yang asing buat diriku.
Sebaik sahaja aku berada di Malaysia(pulang semasa puasa) ,pelbagai nafsu datang membuak-buak.Untuk seminggu yang pertama aku mengalami jetlag yang teruk..hihihih..So,nafsu pertama yang amat sukar ditangani ialah NAFSU NO 1 nafsu tidur,boleh dikatakan aku telah tidur lebih dari separuh hari setiap hari ketika aku mula-mula berada di sini.Aku mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malan,berjaga sehingga lewat pagi sehingga sahur,dan tidur sampai lewat dan susah nak bangun,badan rasa lemah dan lesu terutama bila hari panas ..aiseyyhh :(.
Sebaik sahaja tiba masa untuk berkunjung ke Bazar Ramadhan datanglah NAFSU NO 2 ,mata celik,badan segar dan berjalan di bazar dengan mata yang rambang lah sangat.
Disebabkan daaa hampir setaun meniggalkan Malaysia,makanan kt bazar tu sumenye nampak sedap dan kalau boleyh sumenye nak beli! Selalunya mmg end up bila banyak2 dan x habis makan waktu berbuka .:(
Setelah beberapa hari,badan aku mula kembali seperti normal dan x laloq sangat pada waktu siang,NAFSU NO 3 pula muncul iaitu nafsu bercakap.Entah kenapa,mulut ini x berhenti-henti bercakap.Ada sahaja yang hendak aku ceritakan dan borak2.Sampai ibu pernah tegur.. "kakak,x penat ke cakap?" barulah aku terhantuk,adoi aah pesal mulut asik cakap potpetpotpet je?
NAFSU NO 4 menjelma tidak berapa lama kemudian iaitu nafsu menonton TV.Kalau dulu-dulu,aku mmg suka sangat menonton rancangan Barat,tapi entah kenapa balik-balik nie,semua TV1,TV2,TV3,NTV7,Astro Ceria,Astro Ria,Astro Prima,Astro Oasis aku nk tgk,abis sume drama-drama tah pape tuh aku layan je n siap folo tiap ari..huuu..pelik sungguh..rasenye mungkin da lame sangat x tgk cite2 Melayu ..hukhukhuk..even internet pon da malas nk online.nak kate FB and blog ne bukak time rajin je and ble da malam2 cket sbb,broadband kt rumah slow betol siang2 :(
NAFSU NO 5 ialah sangat-sangat sibuk nak bershopping Raya.Kepala pening nak pk nak beli baju ini la,tudung ini la,biskut raye la,kuih raye la,kek raye la,duit raye la..aduihh macam-macam..habis tergoda iman.
Jadinya,aku berasa sedih dengan diri sendiri kerana telah membiarkan diri ini dikuasai dengan nafsu-nafsu yang menggoncang iman dan melunturkan pahala ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini.Harapnya,nafsu-nafsu ini dapat dikikis demi memburu keredhaan Allah S.W.T dan menjadi insan yang lebih bertaqwa..Insyaallah..
best post ni.. rasa brsyukur bila still berada kt belfast.. 10 mlm terakhir ni dah boleh stay lpas terawih utk qiam dan sahur kt BIC =) best!!
ReplyDeleteiA, smoga kita mnjadi org yg lebih bertaqwa dan dpt menumpuh sgala dugaan dgn jayanya..
smoga kita dpertemukan dgn Lailatul Qadar juga.. ameen Ya Rabb..
(sbb next year tak sure still bernafas ke tak~ huhu)
salam penghujung ramadhan,
atiqah