Pengarang: Dr Ang Swee Chai
"Dr Ang Swee Chai dilahirkan di Air Hitam,Pulau Pinang dan bersekolah di Singapura.Sejak 1977,beliau mengikut suamina hidup dalam buangan di England.Beliau berkelulusan ijazah sarjana dalam bidang Perubatan Pekerjaan dan merupakan felo Kolej Pembedahan Diraja (Royal College of Surgeons), England.
Penulis kini berkhidamat di Hospital St Bartholomew dan Hospital Diraja London.Beliau merupakan wanita pertama dilantik jurperunding ortopedik sejak hospital berkenaan ditubuhkan beberapa ratus tahun yang lalu.
Bersama-sama suami beliau,Francis Khoo,serta beberapa orang teman,Dr Ang membantu menubuhkan badan kebajikan Inggeris, Medical Aid for Palestinian (MAP) berikutan tragedi pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatila pada 15-18 September,1982.
Pada tahun 1987,pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO),Yasser Arafat,telah menganugerahi Dr Ang pingat tertinggi Palestin iaitu Bintang Palestin,bagi kerja-kerja dan sumbangan beliau kepada rakyat Palestin.
Dari Beirut ke Jerusalem adalah catatan beliau sebagai saksi tragedi Sabra dan Shatila.Ia adalah suara setia seorang rakan untuk rakan yang amat memerlukan pembelaan.
Beliau juga merupakan pengarang bersama Field Manual in War Surgery,sebuah buku panduan berdasarkan pengalaman di medan perang.
Harga RM28/SS RM 31
P/s:
Saya baru shj beli buku ini dan belum mula baca pon lagi.Saya teruja untuk baca buku t=yang dikarang oleh penulis ini.Timbul pelbagai persoalan di fikiran sebaik melihat nama penulisnya yang begitu ironi dengan tajuk buku ini.
Sejujurnya,saya berasa kagum atas usaha beliau mmperjuangkan Palestin sejak tahun 1982 lagi.Buku ini diterbitkan pertama kali pada 1989 dengan judul From Beirut To Jerusalem.
Sedangkan saya hanya sedar kewujudan warkah ini pada 2009.
Sedikit kesal dengan diri ini yang kurang peka mengenai isu ini sebelum ini.
Sesungguhnya,bagi yang beragama Islam,isu Gaza ini bukan setakat isu kemanusiaan,tetapi adalah isu aqidah dan keagamaan.
Timbul rasa pedih di hati melihat saudara seagama kita yang kurang mengendahkan isu Gaza,malah mengutuk-ngutuk orang lain yang memperjuangkan hak-hak Palestin.
Mengapakah isu Gaza menjadi isu ummah?-suatu tanggungjawab seluruh umat Islam..
Tepuk dada tanya selera..
No comments:
Post a Comment